Tuesday, April 27, 2010

SMALL WEDDING FOR LITTLE SISTER

Preparation just take less than 2 months for everything...mmm..kelam kabut jugak, maklumlah semua nak cepat kerana keadaan yang tak mengizinkan..Pihak lelaki nak sangat disegerakan sebab tempoh pertunangan dah exceed setahun seperti yang dijanjikan. Mak plak kurang memuaskan dari segi kesihatannya (another story to tell soon...). Hormatkan semua pendapat yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak, akhirnya keputusan diambil untuk menyatukan kedua-duanya dalam masa kurang dari dua bulan. Fikirkan Mak punya condition pada akan datang kerana ada beberapa treatment lagi harus dibuat, so.. terjadilah majlis pernikahan dan perkahwinan yang memang boleh dikatakan 'small and simple' di sebelah pihak perempuan.. Tak macam wedding I almost 10 years back, memang agak besar dan 'grand' lah jugak..Al-maklumlah anak perempuan pertama.. Kekadang kesian plak fikirkan adik bongsu dapat nasib macam ni, tapi katanya dia tak kisah, janji majlis akad nikah disempurnakan dengan lancar dan baik. Tapi sebelum majlis ni, tetiba plak I yang kena incharge..mmm... ala-ala mcm wedding planner tapi wedding planner yang tak seberapa ler...Letih sangat tu tak delah tapi ke sana ke mari dalam masa yang singkat terasa semput le jugak...hehe! yelah, nampak macam simple, tapi banyak jugak nak kena cari...Baju nikah, tudung, kasut, barang hantaran, barang gubahan, cadar, hiasan katil, souvenir untuk tetamu (tapi tak ramai pun tetamu tu..) mmm....,But, that's all for my little sister, the youngest and the closest!..

Yang menariknya semua preparation untuk hantaran digubah oleh adik yang sorang lagi..Masih ada dua orang adik perempuan yang belum kahwin (kakak kepada this little sister), bukan tak de 'boyfren' tapi macam tak nak kahwin lagi je diaorang tu...ish!ish! pelik..So, adik bongsu jalan dulu... kenalah sediakan dua bentuk cincin sebab dah 'langkah bendul'. Hari tu pun I jugaklah yang menemankan 'little sister' and pasangannya ni ke Kedai Emas Poh Kong untuk pilih cincin..Aduiii!..Kakak sulung ni jugaklah yang bagi pendapat nak pilih mana. Majlis akad nikah di 'Masjid biru' Shah Alam akan berlangsung 2 hari lagi..Rumah I lah yang akan jadi tempat pertukaran barang hantaran selepas majlis akad nikah dan makan-makan..Nanti bila semuanya selesai, inshaallah I uploadkan foto2 majlis terutama gubahan2 dari hasil tangan adik beradik sendiri..Walaupun tak pernah ambil tempahan, tapi I rasa adik yang sorang ni ada daya kreativiti tersendiri...Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati hendaknya..Renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar......